Teori Guderian Heinz_Guderian

Heinz Guderian semasa Pertempuran Perancis dengan sebuah mesin Enigma

Tentera Darat Jerman mencetuskan idea menembusi barisan statik dengan meengguna penumpuan angkatan gabungan kesemua cabang tentera semasa Perang Dunia Pertama, yang mereka gerakkan pada Serangan Musim Bunga pada tahun 1918. Namun, mereka gagal mendapat keputusan muktamad oleh sebab unsur-unsur bulus berjalan kaki dan tidak dapat mengekalkan momentum serangan awal.

Infantri berkenderaan merupakan kunci pengekalan penerobosan, dan sehingga tahun 1930-an, idea itu tidak dapat dilaksanakan. Marsyal Soviet Mikhail Tukhachevsky mengembangkan idea itu akan tetapi doktrinnya dicemuh sebagai bertentangan dengan prinsip-prinsip Komunis dan beliau di hukum mati pada tahun 1937.

Guderianlah orang yang pertama yang mengembang serta menyokong strategi blitzkrieg dan mengilap doktrin ke dalam bentuk lengkapnya. Beliau meringkaskan taktik bitzkrieg scabai cari bagi mewujudkan angkatan di mana divisyen-divisyen armor dan berkenderaan bekerja bersama-sama dan saling membantu demi mencapai kejayaan muktamad. Dalam bukunya Ketua Panzer, beliau menulis:

Dalam tahun ini (1929) saya menjadi yakin bahawa kereta kebal yang bergerak dalam kelompok sendir atau bersama-sama infantri tidak akan dapat mencapai kejayaan bermakna. Kajian sejarah saya; latihan ketenteraan yang dilakukan di England dan pengalaman kita dengan pengolokan armor meyakinkan saya bahawa kereta kebal tidak akan dapat memberi kesan penuh jika senjata bantuan yang diperlukan tidak dinaik taraf ke standard kereta kebal dari segi kelajuan dan prestasi merentas desa. Dalam formasi sedemikian, kereta kebal semestinya perlu memainkan peranan utama; senjata-senjata lain digunakan mengikut keperluan armor. Adalah salah jika kereta kebal diletakkan dalam divisyen infantri: apa yang diperlukan ialah divisyen armor yang dimasukkan kesemua pasukan agar dapat bertempur dengan kesan sepenuhnya.[1]

Guderian mempercayai bahawa perkembangan teknologi tertentu perlu berlaku selari dengan blitzkrieg bagi memastikan kejayaan keseluruhan teori, terutamanya dalam bidang komunikasi dan peralatan visual khusus yang perlu dibekalkan kepada divisyen armor amnya, dan kereta kebal khususnya. Dalam tahun 1933 Guderian berkeras, dalam pemerintahan tinggi, bahawa setiap kereta kebal dalam angkatan armor Jerman perlu dilengkapi radio dan peraltan visual agar dapat membolehkan komander kereta kebal berkomunikasi dan berperanan sebagai penentu dalam blitzkrieg.[2]